Mad Mubalaghah Hukum mad

Mad Mubalaghah adalah suatu pengecualian pada hukum mad dan tidak disenaraikan dalam mana-mana pecahan mad mahupun sebahagian daripada Mad Silah Qasirah, malah melanggar hukum tersebut.

Pada umumnya seperti yang diterang di atas, apabila sebelum atau sesudah ha dhamir itu bertanda sukun, maka ha dhamir tersebut tidak dibaca panjang atau tidak termasuk ke dalam bacaan mad. Walau bagaimanapun, ada salah satu tempat dalam al Qur'an iaitu surah al-Furqan ayat ke-69. Ha dhamir yang terdapat pada ayat ini sebelumnya itu bertanda sukun dan ha dhamir tersebut tetap dibaca panjang.

Disebabkan bacaan tersebut mengandungi fungsi "mubalaghah" (مبلغة), maksudnya secara harfiah ialah "keterlaluan" iaitu bacaan tersebut menyatakan bahawa betapa kerasnya siksaan Allah untuk orang-orang musyrik. Maka bacaan tersebut dipanjangkan dan digelar Mad Mubalaghah.